Blogger Backgrounds

This is Tuan Empunya Blog nie...:-)

This is Tuan Empunya Blog nie...:-)

yang follow ...:-)

Tuesday 28 June 2011

mengapa kau masih muncul diingatanku..:-(

assalamualaikum...& hye semua...
macam lama sangat dah aku tak post something kt blog aku nie...
huhu..

korang,..
aku rindu dia...
mengapa aku terasa begitu lama aku xberhubung dengan dia..
padahal..
tak sampaii seminggu pun..
ku ingin lupakan dia..
aku ingin perasaan aku ni hilang..
walaupun kekadang hai ini meronta-ronta ingin menghubungi dia...
namun aku tetap tahan perasaan ini..
aku tak ingin terluka..
aku tak ingin menaruh harapan kat dia..
biarlah kenangan kami berlalu begitu sahaja...
hanya lagu yang dapat mengganikan perasaan aku terhadapnya..

aku hanya mampu berdoa..
untukmu sayang..
ya ALLAH..
jika dia memang jodoh aku...
dekatlkanlah dia kepadaku..
namun jika dia bukan jodohku..
jauhkan lah aku dari nya...
hilangkanlah perasaan ku yang telah lama terpendam terhadapnya..
ya ALLAH ya TUHANKU..bantulah hambamu ini...

Sunday 26 June 2011

ku tetap menanti...nikita willy


Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu



aku sakit!!!

assalamualaikum dan hye semua...

korang..
korang ada tak cara untuk lupakan seseorang yang pernah korang sayang...
A.K.A...orang yang korang cintai..

aku mau lupakan dia...
kalau boleh..
aku nak dia hilang buat selama-lamanya dari ingatan aku nie..
aku tak sanggup nak ingat pasal dia lagi..
buat aku sakit..
aku tak sanggup..
walaupun dia pernah singgah di hati ini...
namun kini dia akan pergi..
dan aku takkan benarkan lagi dia muncul di hati ini..
aku takkan benarkan dia ambil lagi cinta aku ini..
cukuplah dia telah lukakan hati aku ni..
walaupun dengan secara perlahan..
namun ia lebih sakit..
sangat sakit...

kenangan terindah...
kenangan kita berdua...
hanya lagu sebagai ganti dirimu...

WarKah Yang DiTulis oleh Usagi...

Saturday 25 June 2011

aku dah berhenti berharap!!

assalamualaikum dan selamat malam semua...

hari nie..seharian aku bz...mna tak nyah...aku dah mula jahit mnik kt bju raya aku,..huhu..
sebab  tu la bz skit nie...
hemmm...berbalik pada title ku kt ats tue..
aku nak gtau kat korang...
aku dah berhenti berharap terhadap sesuatu perkara yang memang dari dulu aku harapkan..
aku dapat rsakan yang perkara tue takkan pernah terjadi pada diri aku...
daripada aku terus berharap dan menaruh perasaan yang tinggi..
lebih baik aku berhenti saja..
cukuplah selama nie..
perkara tu menghntui diri ku..
aku ingin bebas..
aku ingin lupakan segalanya yang berkaitan ngn perkara tue...
aku tahu perkara tue takkan terjadi..
dan takkan pernah terjadi...
biarlah hanya kenangan indah yang terukir dan tersemat indah di hatiku ini...
walaupun aku terluka kerna perkara ini...
namun luka itu akan ku ubati sendiri...
telah terbukti segala-galanya..
aku tetap sabar dengan keputusan ini..
aku harap..ada hikmah dengan keputusan yang aku buat ni..
kuatkan lah hatiku ini..
ya ALLAH...

 WarKah Yang DiTulis oleh Usagi...

Thursday 23 June 2011

kalau tak jadi...cakap lah awal!!!

assalamualaikum & hye semua..

lama da tak post kat blog nie...

huhu...aku ada story nak share kat korang nie..

panas giler aku tadi...mendidih jugak aku...

macam nie crita nya...
2 hari lepas...c dia ckp ngn aku mau jumpa aku ari nie...
aku pun semgatlah...siap pkai bju bru lagi nie...
memang semangat nya aku nak jumpa dia...
tuptup..bila aku da smpi kt airport..
dia ckp tak jadi jumpa..
dahlah aku bingung sapa nak ambik aku kat airport..
ishh...geramnya aku..
penat sangat aku jln kki dr airport pg stesen bas...
mau 2 jam bru dpt bas...
sapa yang tak geram mcm 2..
sudahlah aku pnat...dr pg bah aku jln...
klu dia ckp xdpt jumpa gtau lah awl2..
jgnlah mcm nie...
aku yang pennat gilak...
ishh...sakitnya hati aku nie....

AKU GERAM+MARAH+SAKIT HATI+PENAT+SAKIT KAKI+DAN MACAM2 LAGI...!!!


 WarKah Yang DiTulis oleh Usagi...


Sunday 19 June 2011

I really miss u...:-(

assalamualaikum & selama malam semua...

korang...:-(

aku sgt2 rndukan dia...
tapi aku tahu..bla aku antr sms kat dia nie..msti dia xblas..
semalam dia ada msj aku..tpi aku da tdo..:-(

korang..:-(
patutkah aku bgtau kat dia ttg perasaan aku kat dia..??
aku tahu..sekarang dia tengah cuba utk lupakan perasaan dia kat aku..
dia takut ngn perasaan dia trhdp aku..
sebab dia tkut akn trluka & melukakan aku..
tapi aku sgt2 rndukn dia bah.:-(
macamana ni..:-(
aku nak dia mcm duulu..
selalu temani aku..
tapi...:-(
dia sekarang dah mkin jauh dr aku..
buat aku sgt2 sedih...

korang..
tolonglah aku hadapi perasaan aku nie..
aku dah tak tau nak crita kat sapa...
ishk...ishk...
sedih nya aku..:-(

WarKah Yang DiTulis oleh Usagi...

Saturday 18 June 2011

Jumpa sekejap puN tak BoleH ka??

assalamualaikum & hye semua,..

aku tengah bengang sangat nie...

ishhh...rasa nak tumbuk jak dinding kat bilik aku nie,..


nasib lah aku fikir sakit bla tumbuk dnding nie...
geram bah!!!dah baik2 ari tu ckp nak jumpa...tup..tup...sekarang tak jadi pulak dah..
sapa yang takk geram macam 2...
kalau memang tak nak jumpa..
tak pyah lah jumpa2 aku lagi..
aku pun hilang mood dah..
klu aku tnya bla dpt jumpa...alasan dia tak tau lg...
klu dia dah ckp mcm 2 memeang aku tau lah 2...memang tak dpt jumpa pnya..
ishhh...sakitnya hati aku nie,..
hari 2 nak sangat jumpa...
bila dda mcm nie...tak tau pulak jak dia ckp...
huhuhu..
nie boleh mendatangkan kemarahan nie...
baik tak pyh lah jumpa2 lagi..
ishhh..
jeles nya aku tgk kwn2 aku hari2 dpt jumpa kkasih hati dorang..
aku..???hem...nda lah tau...
taun dpn2 kli aa bru dpt jumpa...
aku sakit hati dah nie......
GERAM!!!!!


WarKah Yang DiTulis oleh Usagi...



Friday 17 June 2011

Tip 10 K Dalam Persahabatan..!!!

assalamualaikum & selamat petang semua..
wokey..pada petang yang indah nie...aku nak share kat korang sal persahabatan pulak...
jom baca nie....TIP 10 K DALAM PERSAHABATAN!!!!!



* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.






* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.


* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham 

WarKah Yang DiTulis oleh Usagi...


Tukar lagu baru..!!!enjoy my lovely song..!!

assalamualaikum & hye semua...
petang nie...aku muncul lagi petang nie...
aku baru tukar lagu kat blog aku..
boring pulak korang nanti..balik2 dengar lagu yang sama jak kan..
jadi aku tkarlah lagu yang aku minat ni...

lagu....:
DADALI...disaat aku mencintaimu..


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


harap-harap korang pun suka jugak lah ngn lagu nie...
lagu nie memang bermakna sangat ngn keadaan yang aku alami sekarang...
lirik lagu nie...memang sama dengan apa yang aku alami sekarang nie...
korang enjoy lah dengar lagu ni aa..
ada lirik lagu & video klip sekali..
huhu....

WarKah Yang DiTulis oleh Usagi...

berapa masa paling lama korang tak jumpa kekasih korang..??

assalamualaikum & hye semua...

hari nie...aku bersemangat sangat nak isi blog aku nie...
tapi semua pun berkisar tentang JODOH..
tak taulah..aku rasa enjoy pulak bila search pasal JODOH nie...
pas tu aku share lah ngn korang...
mesti ada antara korang pun berminat kan..

wokey lah..
berbalik pada tittle besar aku yang kat atas 2..
aku nak tanya korang...
dalam masa korang bercinta nie..
pernah tak korang berjauhan ngn kekasih korang..??
kalau pernah berapa lama korang berjauhan ngn dia..??
seminggu..??
sebulan..??
setahun..??

aku sekarang nie...dah nak masuk 5 bulan dah xjumpa dia...
mungkin ada antara korang lebih lama lagi xjumpa kekasih korang kan berbanding aku...
tapi bagi aku...ni lah tempoh masa yang paling lama ku tak jumpa dia...
ni lah lumrah kalau bercinta ngan pasangan yang study jugak...
sama-sama study katakan..
dia kat utara..kita pulak kat selatan...
sebab tue susah nak jumpa...
itulah yang aku alami sekarang..
dah hampir dua tahun dah kami bercinta dengan keadaan macam ni...
jarang jumpa...
memang lah mula2 tak biasa...
hari2 jugak aku nangis bila teringat kat dia..
tapi apa nak buatkan...
masing2 kena kejar kerjaya...
kenalah sabar..
huhu...


WarKah Yang DiTulis oleh Usagi...

nak tahu ciri2 orang yang betul-betul mencintai kamu.???...Jom baca nie..


1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.
6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.
10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!
20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu.
Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?
Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…
dah baca..??klu dah baca bagus lah....aku pun bca kat blog org gak..pastu copy...and paste kat blog aku...huhu...jangan marah yerk empunya blog yang aku copy nie..huhu...
WarKah Yang DiTulis oleh Usagi...

8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu...Ingin Tahu??jom baca....

assalamualaikum & selamat pagi semua...
dipagi yang indah nie..pagi jumaat nie...aku bangun awal...kerja2 rumah pun dah selesai aku buat..huhu...jadi..ada masa free nie..aku pun search lah kt internet sal crita semalam jugak...JODOH!!!korang baca lah yerk...nie pun aku baca kat blog orang gak...jadi nak share2 lah kat korang semua...manatau memang semua petanda nie ada kat pasangan korang kan...
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
wokey!!...dah baca???em...dah nilai c dia yang berada bersama kamu...??kalau 8 petanda nie memang ada...maknanya...dia memang jodoh kamu...:-)



WarKah Yang DiTulis oleh Usagi...

Thursday 16 June 2011

JOM BACA & NILAILAH PASANGAN ANDA..!!!

10 TANDA CDIA JODOH KITA...:-)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Serena - Sailor Moon

.

lalalala..lalala....